4 Sep 2017

Pentingnya Menjaga Kesihatan

SIHAT ITU MAHAL
Kesihatan nikmat yang sering diabaikan.Ramai yang tidak menghargainya sehinggalah diuji dengan kesakitan. Samasa sihat,kita tidak memberikan hak tubuh untuk mendapat kan penjagaan yang terbaik.

Adakah kerana mendapat nikmat percuma,kita rasakan kesihatan sebagai hak mutlak? Hingga terlupa hakikat sebenar sihat termasuk anugerah Allah.

Hargai Nikmat Sihat
Kalau ingin menghargai nikmat sihat,maka "nikmati" kesakitan dengan sikap empati dan simpati kepada mereka yang diuji dengan kesakitan. Bagaimana caranya?

1.Menziarahi orang sakit
Dengan menziarahi orang sakit, kita dapat menyelami rasa hati mereka. Peruntukkan masa untuk menziarahi sanak saudara atau jiran tetangga yang sakit kronik,terlantar atau hilang upaya.
Semasa berziarah,bangun kan empati untuk merasai sakitnya kesakitan mereka. Praktikkan pesanan Rasulullah "Kasih sayang sesama Mukmin ibarat jasad yang satu,apabila sakit satu anggota, maka seluruh tubuh akan berjaga malam kerana kesakitan" ( Riwayat Muslim)
Jika kita dapat merasai kesakitan saudara kita yang lain, kita pasti akan menghargai nikmat kesihatan yang masih dimiliki.

2.Melihat caj perkhidmatan hospital
Adakah anda tahu kos pembedahan jantung di Institut Jantung Negara?Pernahkan kita selidiki kos rawatan di wad jika sehari terlantar di wad hospital swasta? Per├▒ahkah kita lalui saat cemas ;anak sakit atau demam kuat pada tengah malam dan perlu dibawa untuk bertemu doktor di klinik swasta? Jika pernah merasainya dan tahu kos yang diperlukan,kita akan sedar betapa mahal nikmat kesihatan. Batapa Maha Pemurah dan Maha Kaya Allah memberikan kita kesihatan dan segala keperluan untuk sihat dalam kehidupan tanpa bil atau kos yang perlu dibayar.

3.Bayaran pernafasan
Antara keperluan utama untuk kekal hidup sihat ialah keupayaan untuk bernafas;menyedut dan menghembus udara setiap detik dan saat.Apakah komponen udara? Yang utama ialah gas oksigen dan nitrogen. Tentu sekali kita pernah melihat pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan di hospital,yang dibekalkan daripada tabung gas.Cuba kita lakukan kira-kira kos "pernafasan" yang perlu dibayar.

Orang yang paling kaya sekalipun tidak akan mampu melunasi biaya nafas untuk hidupnya jika perlu membayar bil untuk pernafasan.

Inilah contoh harga sebuah kesihatan. Sihat itu amat mahal,maka kita perlu hargai dan pelihara sentiasa. Nikmat sihat yang Allah kurniakan mesti kita syukuri pada setiap masa.Hargai nikmat sihat diberi percuma sebelum ditarik dan perlu dibayar dengan harga yang mahal.

Semoga bermanfaat



Tiada ulasan:

Catat Komen

Advertising