2 Sep 2017

Kek Gula Hangus

KEK GULA HANGUS

Bahan - Bahannya

✴1 cawan gula
✴1 cawan air panas
✴1 cawan tepung gandum
✴1 cawan susu pekat manis
✴2 camca teh soda bikarbonat
✴4 biji telor
✴2 camca besar mentega

Cara Membuatnya

✔Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.

✔Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, gula akan meletup-letup).

✔Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.

✔Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat.

✔Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.

✔Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi.

✔Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata.

✔Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.

✔Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Advertising