10 Ogo 2018

Sediakan Ruang Untuk Bahagia

 Allah tidak pandang jari yg bertasbih. Allah cuma pandang hati yg bersih. Bersihkan hati kita. In shaa Allah bahgia.

Kalau diikutkan rentak emosi, memang ada bnyk perkara yg buat kita kecil hati. Tapi bila menginsafi rentak takdir Allah, bnyk perkara yg menuntut muhasabah. Ujian dtg bukan saja2 dlm hidup kita. Banyak tujuannya.

Apa yg kita tak suka itu juga bnyk manfaatnya utk dunia dan akhirat. Kita boleh kutip pahala jika kita mampu tabah. Kita boleh hapuskan dosa kita klu mampu redha. Malah Allah menjanjikan hikmah di setiap musibah.

Lalu, mengapa kita masih mahu melayan keluh kesah? Sudah2lah... Pujuklah hati utk memaafkan sesiapa pun yg pernah menipu kita, yg memfitnah, yg mungkir janji, yg salah faham dan menyimpan prasangka atau apa juga kesilapan mereka yg melukakan hati kita.

Menyimpan dendam di hati umpama menyimpan racun di dlm diri. Lepaskan. Keluarkan. Buang dendam dan benci dari hati kita agar ada ruang utk Allah tempatkan bahagia. Sediakan ruang itu. Bukankah itu yg kita mahu?

Ibnu Mubarak berkata:
"Musibah itu hanya satu, tetapi apabila org yg terkena musibah itu menyesali, maka musibah itu menjadi dua. Yg pertama adalah musibah itu sendiri dan yg kedua adalah hilangnya pahala musibah itu, padahal itu lebih besar daripada musibah itu sendiri."


2 Ogo 2018

Dari Perempuan Hati Batu Untuk Lelaki Hati Jambu

Dulu...
Masa kau nak dia, sanggup kau tebalkan muka depan kawan kawan dia walaupun dia tak layan kau..

Sanggup kau datang jauh jauh sebab nak jumpa dia. Takde kereta, kau pinjam kereta kawan. Punyalah bersungguh sungguh kau nak dapatkan dia. Sebab kesian dekat kau, dia pun menurut tapi hampakan.? dia tetap layan kau acuh tak acuh..

Suka betul kau yerbila kawan kawan gosip dan gandingkan nama kau dengan dia. Semua orang tahu kau suka dia. Semua orang tahu kau usaha nak pikat dia tapi dia tetap buat buat tak tau. Yang nampak dungu, kau jugak. Kau cakap apa.? " takpe,kalau dapat aku jaga elok elok.. " kononnya

Selama kesungguhan kau, airmata kau, pujuk rayu, sumpah setia kau..bila dia dah yakin kaulah orangnya, dia terima..

6 bulan, setahun, 2 tahun ataupun 10 tahun kau menyimpan rasa padanya.. akhirnya dia terbuka hati terima kau. Dia tak pandang pun apa kerja kau, duit kau, tinggi mana kau belajar atau pun rupa kau. Bila dia dah yakin ada seseorang yang sanggup bersusah payah demi dia, dia sambut tapi itu hanya lakonan.????

Kenapa bila hati dia dah kau pegang, bila cinta dia dalam genggaman kau, bila kau dah yakin dia takkan sanggup kehilangan kau, kau pun berubah.??

Berdiam diri, menjauh, mengelak. Masa tu nampak perempuan lain lagi baik daripada dia. Lebih cantik, lebih menawan. Walaupun dulu dialah kau puja, siang malam.. berjanji bulan bintang, sekarang kau biarkan dia menangis..

Mana pergi kau yang mula mula nak dapatkan dia dulu.??

Dengar wahai bujang..
dulu masa kau tengah gila kejar dia..

Dia keraskan hati sebab taknak jatuh pada yang salah..
Dia simpan hati dia pada yang betul betul menghargai..
Untuk yang betul menjaga tanpa di sakiti..

Bukan dia tak sedar segala kesungguhan kau..
Bukan dia tak hargai segala usaha kau..
Dia tak layan, dia tak acuh sebab dia meragui..
Dia takut hati dia dipermainkan..

Hati perempuan sekali hancur, nak ke bentuk asal memakan masa..
Monyet yang sakit hati sebab pisang kena curi pun tak sanggup tunggu masa bertahun nak pulih.!

Dan sekarang kau pergi dengan keputusan kau..
Kenapa kau tak biarkan dia buat keputusan macam kau buat keputusan untuk diri kau.?

Payah ke untuk berterus terang yang kau dah taknak.??
Tidak sesulit kau berterus terang saat kau nak dia..
Sanggup malu.. takpa kata kau kalau ditolak..
Bukan lelaki kalau tak berani mencuba..




1 Ogo 2018

Hidayah

HIDAYAH ( هداية‎ )


" GENGGAMLAH Al-QUR'AN , MAKA ENGKAU AKAN MENGGENGGAM DUNIA "

Intinya Al-Quran sebuah petunjuk sebagaimana Allah Ta'ala berfirman yang Artinya ,
" Wahai umat manusia , sungguh telah datang kepada kalian keterangan yang jelas dari Rabb kalian , dan kami turunkan kepada kalian cahaya yang terang - menderang."
( Qs.an-Nisaa' : 174).

Rasulullah S.A.W bersabda :

‎مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا اِلَى الْجَنَّةِ ـ رواه مسلم

“Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.” - [HR. Muslim].


4 Sep 2017

Kesan Buruk Jika Makan Buah Terlalu Banyak?

Kesan Buruk Jika Makan Buah Terlalu Banyak?

Buah-buahan merupakan salah satu jenis makanan yang selalu disyorkan oleh ahli kesihatan kerana manfaatnya yang dapat membantu memberi banyak manfaat serta menjaga fungsi dan kesihatan tubuh. Tetapi apakah benar pengambilan semua buah dalam jumlah yg banyak dapat memberikan manfaat kesihatan yang anda inginkan?

Masalah yang mungkin terjadi jika makan buah terlalu banyak

1. Kesan buruk gula dan karbohidrat

Gula tidak hanya dalam bentuk gula pasir yang anda kenal, buah juga ternyata merupakan sumber gula. Karbohidrat yang biasa kita ambil akan dipecah menjadi komponen yang lebih sederhana iaitu glukosa, dan kemudian digunakan oleh tubuh sebagai sumber tenaga. Pada buah, terdapat jenis gula yang disebut fruktosa. Fruktosa merupakan jenis gula yang khusus hanya terdapat pada buah. Setelah diambil, metabolisme fruktosa lalu akan terjadi di hati atau liver.

Salah satu masalah yang dapat terjadi ketika anda terlalu banyak mengambil gula adalah meningkatnya kadar gula dalam darah dan bersangkut paut pada diabetes. Biasanya jenis makanan yang disalahkan saat terjadi peningkatan gula darah adalah sumber karbohidrat seperti nasi putih dan produk olahan tepung (cake, roti, pasta). Meningkatnya kadar gula dalam darah dapat menyebabkan semakin banyaknya lemak yang disimpan dalam tubuh serta memberi kesan resistensi insulin dan lama kelamaan menyebabkqn pada diabetes tahap yg berbahaya.

Tetapi, tidak hanya makanan sumber karbohidrat sederhana saja yang dapat bekerja meningkatkan kadar gula dalam darah. Fruktosa yang terdapat dalam buah juga blh meningkatkan kadar gula anda. Ketika terlalu banyak gula dalam tubuh, hati atau liver akan mengubah kelebihan gula tersebut menjadi lemak. Lemak yang berasal dari gula berlebih ini secara khusus disimpan dalam bentuk trigliserida, salah satu jenis lemak dalam darah yang berbahaya. Trigliserida akan disimpan dalam sel lemak di seluruh tubuh anda. Terlalu banyak pengambilan gula juga dapat menyebabkan terbentuknya lemak perut, jenis lemak berbahaya yang dapat meningkatkan risiko anda menderita berbagai macam penyakit degeneratif di kemudian hari, termasuk di antaranya diabetes mellitus.

Meskipun sangat sedikit kemungkinannya anda menderita diabetes hanya disebabkan makan buah terlalu banyak, tetapi mengambil makanan sumber gula dan karbohidrat secara tidak berlebihan tentu dapat membantu menjaga kesihatan anda.

2. Gangguan pencernaan

Buah merupakan sumber serat yang baik, kebanyakan orang pasti setuju akan fakta tersebut. Tetapi terlalu banyak mengambil.buah juga dapat menyebabkan pencernaan anda menjadi bermasalah. Anda dapat mengalami kembung, merasa lelah, kejang perut, buang angin terus menerus.

3. Kekurangan zat gizi

Jika anda menganggap buah sebagai superfood lalu kemudian cenderung hanya mengambil buah saja sepanjang hari, maka anda berisiko kekurangan zat gizi lainnya. Salah satu anjuran dalam pedoman gizi seimbang yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan adalah mengambil jenis makanan yang beragam. Dasar dari anjuran ini adalah kerana tidak ada satu jenis makanan yang dapat memenuhi seluruh keperluan gizi anda. Sebagai jenis makanan yang tergolong sumber karbohidrat, buah-buahan kurang mengandung asam lemak esensial serta asam amino yang diperlukan oleh tubuh. Jenis zat gizi esensial tersebut lebih banyak ditemukan pada daging, kacang, serta biji-bijian.

Buah juga cenderung kurang mengandung mineral tertentu seperti kalsium dan zat besi. Mengambil buah bersama dengan berbagai jenis makanan lain dapat membantu anda memenuhi keperluan zat gizi anda sehari-hari. Tetapi jika anda hanya menjalankan diet yang terdiri dari buah saja, maka bukan tidak mungkin anda mengalami defisiensi zat gizi yg lain.


Berapa banyak buah yang sebaiknya anda ambil dalam satu hari?

Pedoman gizi seimbang yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menyarankan anda untuk mengambil satu buah pisang, atau satu buah epal. Usahakan untuk mengambil berbagai jenis buah, jangan terpaku hanya pada satu macam buah saja sahaja kerana semua berbeza jenis buahnya berbeza pula manfaat kesihatan yang dapat anda peroleh.


Nasihat Kesihatan Untuk Wanita


1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak. Juga elakkan membawa barang2 berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.

2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut.

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk yg sering kram dan senggugut.

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis di juice bersama dapat menjadi obat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari, bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.

*Panduan Kesihatan*
+++++++++++++++++

01. Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt istirahat.

02. Hanya boleh makan 4 butir telur seminggu. Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam  mengandungi karsinogen, penyebab kanser. Jangan makan tungking ayam.

04. Makan buah  seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Masa haid jangan minum teh  lebihh lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

06. Kurangkn minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.

08. Tiap pagi bangun tidur minum  gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman.

09. 3 jam sebelum tidur jangan makan boleh jadi kegemukkan.

10. Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.

13. Tiap hari minum air  gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. Siang hari perlu banyak minum air putih, malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. Minum kopi jangan lebih  cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. Jangan makan makanan yg tinggi lemak karena perlu ~ jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk kerana otak kekurangan oksigen.



Pentingnya Menjaga Kesihatan

SIHAT ITU MAHAL
Kesihatan nikmat yang sering diabaikan.Ramai yang tidak menghargainya sehinggalah diuji dengan kesakitan. Samasa sihat,kita tidak memberikan hak tubuh untuk mendapat kan penjagaan yang terbaik.

Adakah kerana mendapat nikmat percuma,kita rasakan kesihatan sebagai hak mutlak? Hingga terlupa hakikat sebenar sihat termasuk anugerah Allah.

Hargai Nikmat Sihat
Kalau ingin menghargai nikmat sihat,maka "nikmati" kesakitan dengan sikap empati dan simpati kepada mereka yang diuji dengan kesakitan. Bagaimana caranya?

1.Menziarahi orang sakit
Dengan menziarahi orang sakit, kita dapat menyelami rasa hati mereka. Peruntukkan masa untuk menziarahi sanak saudara atau jiran tetangga yang sakit kronik,terlantar atau hilang upaya.
Semasa berziarah,bangun kan empati untuk merasai sakitnya kesakitan mereka. Praktikkan pesanan Rasulullah "Kasih sayang sesama Mukmin ibarat jasad yang satu,apabila sakit satu anggota, maka seluruh tubuh akan berjaga malam kerana kesakitan" ( Riwayat Muslim)
Jika kita dapat merasai kesakitan saudara kita yang lain, kita pasti akan menghargai nikmat kesihatan yang masih dimiliki.

2.Melihat caj perkhidmatan hospital
Adakah anda tahu kos pembedahan jantung di Institut Jantung Negara?Pernahkan kita selidiki kos rawatan di wad jika sehari terlantar di wad hospital swasta? Perñahkah kita lalui saat cemas ;anak sakit atau demam kuat pada tengah malam dan perlu dibawa untuk bertemu doktor di klinik swasta? Jika pernah merasainya dan tahu kos yang diperlukan,kita akan sedar betapa mahal nikmat kesihatan. Batapa Maha Pemurah dan Maha Kaya Allah memberikan kita kesihatan dan segala keperluan untuk sihat dalam kehidupan tanpa bil atau kos yang perlu dibayar.

3.Bayaran pernafasan
Antara keperluan utama untuk kekal hidup sihat ialah keupayaan untuk bernafas;menyedut dan menghembus udara setiap detik dan saat.Apakah komponen udara? Yang utama ialah gas oksigen dan nitrogen. Tentu sekali kita pernah melihat pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan di hospital,yang dibekalkan daripada tabung gas.Cuba kita lakukan kira-kira kos "pernafasan" yang perlu dibayar.

Orang yang paling kaya sekalipun tidak akan mampu melunasi biaya nafas untuk hidupnya jika perlu membayar bil untuk pernafasan.

Inilah contoh harga sebuah kesihatan. Sihat itu amat mahal,maka kita perlu hargai dan pelihara sentiasa. Nikmat sihat yang Allah kurniakan mesti kita syukuri pada setiap masa.Hargai nikmat sihat diberi percuma sebelum ditarik dan perlu dibayar dengan harga yang mahal.

Semoga bermanfaat



Advertising